PENGENALAN
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.
Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan
mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik
darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik
darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.
DEFINISI
PENGURUSAN
Istilah pengurusan mempunyai berbagai-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum.
Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan
pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam
buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu
seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan
yang sengaja diadakan. Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita
bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan
kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai
objektif tersebut.
Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan
pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan
pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan
terhadap usaha-usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi
yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses
melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan
secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif
kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap
dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif
organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.
Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan
penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal.
DEFINISI
BILIK DARJAH
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik disekolah di mana
sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata
pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah
tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan
berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
DEFINISI
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.
Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set
tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan dan
memastikan keadaan-keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif
pengajaran yang berkesan.
Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh
ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan
suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan
pembelajaran.
KUALITI YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU
Seringkali kita tertanya-tanya apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru. Mungkin pada pandangan sesetengah orang mudah kerjaya seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu untuk menjadi seorang guru yang baik dan hebat sebenarnya memerlukan beberapa elemen yang perlu wujud secara semula jadi ataupun ianya boleh dipelajari baik melalui buku-buku ilmiah mahupun melalui pengalaman guru itu sendiri. Secara umumnya, kualiti-kualiti ini perlu ada pada individu yang menjadi guru ataupun ingin menjadi seorang guru. Mudah-mudahan ianya akan membantu kita menjadi seorang guru yang hebat.
1. Baik Hati
: Sifat baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka
: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid
dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati
oleh muridnya.
3. Sabar :
Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal
perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat
dengan murid-muridnya.
4. Bertanggungjawab
: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas
yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan
tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin :
Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat
sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang
boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan
: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi
sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini,
segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih
berkesan.
KOMPETENSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut :
1. Kandungan mata pelajaran
- Meliputi lebih
daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh : Guru
yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea
serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola
perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan
idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi
pengajaran
- Seiring dengan
penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh : Guru
yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha
mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran
penentuan matlamat dan perancangan pengajaran
Contoh : Guru
yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan
pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang
sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik
pengajaran agar menjadi lebih baik, menarik pada masa seterusnya.
4. Kemahiran
mengurus bilik darjah
Merupakan salah
satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan
bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah
tingkah laku murid.
5. Kemahiran
motivasi
Seorang guru
yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk
motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan
pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan
kebolehan mereka.
6. Kemahiran
komunikasi
Meliputi
komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh : Guru
efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada
murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga
mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat
asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha
meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid melalui latihan, praktis dan
sebagainya.
7. Kemahiran
teknologi
Guru efektif
seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan
teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam
proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multimedia sebagai
alat sokongan.
PENGHAYATAN
DAN AMALAN NILAI
Seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika keguruan yang
selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang teguh dalam proses
pembinaan negara bangsa. Memandangkan bidang pendidikan merupakan salah satu
aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara
maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan
ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara
bangsa yang cemerlang. Seorang
guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri
personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik,
berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi,
dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu
sepanjang hayat (Abd. Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi
melayakkan seseorang menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan
bagi menjayakan proses pembinaan negara bangsa.
xtido lg? mantappp!
ReplyDeletebiasalah, sensei pun masih bergelar pelajar...hehe
Deletecuba buat peta bulatan atau apa-apa yang berkaitan dengan i-think...mungkin lebih menarik
ReplyDeleteinsyaAllah, sensei akan cuba aplikasikan peta/peta minda/i-think =)
Delete