Friday 8 March 2013

#5 : Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah


JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Definisi disiplin

§  Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang
§  Disiplin boleh dijelaskan sebagai
Ø  latihan
Ø  kepatuhan 
Ø  kawalan

§  Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
§  Sekolah di malaysia memeberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar
§  Jenis disiplin di dalam bilik darjah
Ø  arahan guru - termasuk peraturan dan rutin
Ø  arahan rakan sebaya
Ø  arahan tugasan
Ø  diri sendiri
§  Jenis-jenis masalah disiplin
Ø  melawan
Ø  memukul
Ø  mencuri
Ø  mengugut rakan/guru
Ø  kekemasan diri
Ø  ponteng kelas
Ø  dan lain-lain
§  Masalah disiplin yang bersifat disruptif
Ø  tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercaap, makan dan tidur didalam kelas
Ø  keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
Ø  lewat masuk kelas
Ø  tidak membawa buku latihan/teks
Ø  menunjukkan sikap biadap terhadap guru
Ø  membuli
Ø  melepak, berlari, menjerit di koridor
§   Masalah kekemasan diri
Ø  tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
Ø  kuku panjang
Ø  warna rambut
Ø  pelajar lelaki rambut panjang

TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
1.      kurang memberikan perhatian
2.      hiperaktif
3.      pendiam
4.      sensitif
5.      apati (tidak kisah kepada arahan guru)
6.      sikap melengahkan dan sambil lewa
7.      gemar bercakap
8.      menganggu rakan
9.      membuli
10.  berbohong
11.  menipu
12.  menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
13.  kurang sopan
14.  mencuri
15.  merosakkan harta benda
16.  mudah marah dan agresif

SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
ü  diri murid
ü  guru
ü  sekolah
ü  latar belakang murid

§  Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
*      merancang
*      gunakan pelbagai kaedah dan teknik
*      yakin
*      berminat dan mengambil berat terhadap murid
*      rol model
*      adil
*      komunikasi yang jelas
*      memberikan bimbingan dan maklum balas
*      tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah

No comments:

Post a Comment