Tuesday 5 March 2013

Aktiviti Di Bilik Darjah #2


TAJUK                                :           Kerusi berirama
OBJEKTIF                         :           Membaca kalimah dengan betul dan lancar
ALATAN                            :           Kerusi, kad kalimah, radio
CARA PELAKSANAAN  :    1. Guru memilih beberapa orang murid untuk bermain
permainan ini.
2. Guru memainkan lagu dan murid berjalan mengelilingi
kerusi.
3. Apabila lagu dihentikan, murid berebut kerusi dan membaca
kalimah pada kerusi yang didudukinya.
4. Seterusnya guru mengeluarkan kerusi yang telah dibaca dan
mengulang langkah 2 sehingga semua kalimah habis dibaca.

LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR

Langkah 1       :           1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2. Setiap murid dalam kumpulan berdiri di sisi kerusi tersebut.
Langkah 2       :           1. Lagu dimainkan dan murid dikehendaki  mengelilingi kerusi
tersebut mengikut irama muzik yang dimainkan
2. Apabila lagu diberhentikan murid dikehendaki berebut untuk
duduk diatas kerusi tersebut.
Langkah 3       :           1. Murid yang tidak dapat duduk dikehendaki membaca kalimah yang
ditunjukkan oleh guru untuk layak ke pusingan yang seterusnya.
2. Jika murid tersebut tidak dapat membacanya maka murid tersebut
akan tersingkir.
Langkah 4       :           1. Kerusi juga akan dikeluarkan mengikut kepada bilangan murid yang
tersingkir.








4 comments:

  1. xtiviti ini happy, jika xtiviti ini djalankan pasti kelas akan sedikit bisina. jadi bagaimana cara utk mengatasinya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensei bleh bhagikn murid2 kpd 2 kumpuln (lelaki/prempuan) bg menggelakkan keadaan kelas tidak terkwal. apabila kumpln 1 bermain, kumpln 2 pulak bertindak utk mengemas kerusi/membawa kerusi kluar dr bulatan stp kali slps muzik bhenti.

      Delete
  2. bising sedikit utk belajar tak mengapa..yang penting pengalaman murid untuk bersama-sama terlibat secara aktif dalam p&p

    bayangkan kelas yang sunyi tanpa sebarang bunyi..mesti bosan

    ReplyDelete