Tuesday 5 March 2013

Aktiviti Di Bilik Darjah #1



TAJUK                                 :           Fun-N-Draw
ALATAN                               :           Kotak tisu, kertas lukisan, warna air, kentang,
batang pisang, apron, berus warna
CARA PELAKSANAAN    :           1. Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan beberapa ukiran kentang dan batang pisang serta satu set warna air untuk membentuk satu gambar yang menarik.
3. Guru menjadi pembimbing dalam aktiviti ini.

LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR

Langkah 1     :           1. Guru menerangkan tujuan, cara-cara melukis dan
penggunaan bahan-bahan yang disediakan.
2. Guru mendemonstrasikan satu cara membentuk gambar yang menarik menggunakan kentang dan batang pisang menggunakan warna air.
Langkah 2     :           1. Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
2. Setiap ketua kumpulan mendapat bahan-bahan lukisan daripada guru.
3. Ketua kumpulan membimbing ahli-ahlinya membentuk gambar yang menarik.
Langkah 3     :           1. Selepas 10 minit, guru memberhentikan aktiviti lukisan.
                                   2. Guru menilai hasil lukisan setiap kumpulan.
Langkah 4     :           1. Guru menyuruh murid menyebutkan jenis lukisan yang telah
dibentuk menggunakan kentang dan batang pisang.
2. Guru mengumpulkan semua lukisan yang telah disiapkan untuk dinilai dan dipamerkan di sudut hasil karya pelajar.
3. Ketua kumpulan mengumpulkan semula bahan-bahan lukisan dan menyerahkannya kepada guru.







KESIMPULAN

Menurut Jill Hadfield (1984) berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah disampaikan kepada pelajar melalui demonstrasi dan bukan disampaikan dengan cara lisan sahaja. Hal ini kerana, permainan atau aktiviti di dalam darjah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Melalui aktiviti permainan, potensi kanak-kanak akan dapat berkembang secara seimbang dan keseluruhan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2 comments:

  1. salam, xtiviti sgt seronok... adakah ukiran di kentang dan di batang pisang dibuat oleh guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...sebaik-baiknya utk murid Tahun 1,2 dan 3, guru yang mengukir ukiran di kentang bagi mengelekkan kecederaan yang tidak diingin nanti (kalau guna kentang). untuk penggunaan batang pisang adalah lebik baik kerana tidak perlu membuat ukiran. batang pisang sendiri mempunyai corak yang tersendiri dan guru perlu meminta murid untuk membuat corak yang tersendiri dengan menggunakan batang pisang.

      p/s : penggunaan bawang juga boleh digunakan untuk aktiviti ini kerana bawang mempunyai corak yang menarik

      Delete