Thursday 28 February 2013

Pro Forma EDU 3104

PENGENALAN

Kursus ini membincangkan pengurusan bilik darjah sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus bilik darjah; model-model pengurusan disiplin; masalah disiplin murid-murid dan pengurusan murid-murid berkeperluan khas.




PRO FORMA EDU 3104
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
                 

Nama Kursus
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
(Behaviour and Classroom Management)
Kod Kursus
EDU 3104
Kredit
3 (3+0)
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran
  1. Menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah.
  2. Mengaplikasi pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah.
  3. Menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih pendekatan–pendekatan dalam menanganinya.
  4. Menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas.
  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik darjah.
  6. Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Sinopsis
Kursus ini membincangkan pengurusan bilik darjah sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus bilik darjah; model-odel pengurusan disiplin; masalah disiplin murid-murid dan pengurusan murid-murid berkeperluan khas



Tajuk
Kandungan
Jam
1
Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah
  • Konsep pengurusan bilik darjah
  • Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah
  • kualiti peribadi
  • kompetensi pengajaran-pembelajaran
  • penghayatan dan amalan nilai
3
2
Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah
-          Persekitaran pembelajaran yang kondusif
  • Persekitaran fizikal
  • Persekitaran psiko-sosial
  • Peraturan bilik darjah
  • Rutin bilik darjah
-          Pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah
  • Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
  • Pentadbiran ujian dan peperiksaan
-          Pengurusan sumber maklumat murid
  • Penyimpanan data maklumat peribadi murid
9
3
Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah
-          Hubungan guru-murid
§  Kepentingan membina hubungan guru-murid
§  Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid
§  Strategi membina hubungan positif guru-murid
§  Amalan budaya penyayang
§  Dinamika bilik darjah
6
4
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
-          Konsep disiplin bilik darjah
-          Pelbagai model disiplin dan aplikasinya
§  Modifikasi tingkah laku Skinner
§  Disiplin Asertif Canter
§  Akibat Logikal Dreikurs (Dreikurs Logical Consequences)
§  Pengurusan Kelompok Kounin
§  Terapi Realiti Glaser
6
5
Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah
-          Konsep dan perbincangan umum
-          Jenis-jenis masalah disiplin
-          Tingkah laku bermasalah bilik darjah
-          Sebab-sebab berlaku masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
6
6
Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
-          Konsep dan perbincangan umum
-          Peranan dan tindakan guru
-          Halangan pengurusan masalah disiplin
-          Intervensi dalam menangani masalah disiplin
§  Pastoral care
§  Bimbingan kaunseling
§  Teknik modifikasi tingkah laku
6
7
Pengurusan Bilik Darjah Yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas
-          Konsep murid berkeperluan khas
§  Disleksia
§  Autistik
§  Lewat perkembangan
§  Hiperaktif (ADHD, ADD)
§  Pintar cerdas dan berbakat
6
8
Perancangan Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
-          Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
3

JUMLAH
45
Penilaian

Kerja Kursus
Peperiksaan  

50%
50%




Wednesday 27 February 2013

Siapakah kami??


ASSALAMUALAIKUM.....

Siapakah kami?? Anda kenal kami? Ya atau tidak? Sudah pasti 
itulah jawapan anda. Betul? Bak kata orang-orang tua, tidak kenal maka
tidak cinta. Moleklah kami mengenalkan diri kami.


Munirah

Arif

Azizan



Kami menubuhkan blog Suteki Na Sensei untuk berkongsi maklumat. 
Di samping itu, ia juga merupakan tugasan kerja kursus kami
 yang perlu dilaksanakan dengan baik. 

Bukan mudah untuk kami meluangkan masa menjadi
Mr/Miss Blogger yang setia dengan input atau 
renungan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.
Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha yang terbaik.
Bak kata orang tua, jangan melepaskan batuk
di tangga.

Semoga blog ini bermanfaat dan dapat 
membantu semua guru khususnya di Malaysia tentang 
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid 
di sekolah.


Selamat membaca..^^ 
Anda juga boleh memberikan sebarang komen
 dan ulasan mengenai input-input yang kami kongsikan di 
dalam blog ini.  

Sekian, terima kasih.

Tuesday 26 February 2013

Pengenalan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami dapat membina blog ini untuk tugasan projek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104). Selamat menyusuri blog ini ^_^