Tuesday 5 March 2013

Aktiviti Di Bilik Darjah #3


TAJUK                      :            Permainan Kotak Beracun
OBJEKTIF                :           Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan 
ALATAN                    :            Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan 
CARA PELAKSANAAN    :  1. Guru menyediakan kotak radio dan lipatan kertas yang
mengandungi soalan.
2. Guru meletakkan kotak beracun di meja murid barisan
hadapan dan kotak tersebut bergerak mengikut irama lagu
yang dimainkan.
3. Apabila lagu dihentikan, murid yang mendapat kotak
beracun tersebut akan mengambil satu lipatan kertas yang
mengandungi soalan. 
4. Setelah murid tersebut menjawab soalan, kotak beracun
akan bergerak seperti biasa.
5. Proses ini diulang beberapa kali.








LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR

Langkah 1       :           1. Permainan ini boleh melibatkan semua murid dalam satu
kumpulan. 
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Murid akan
menyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah
seterusnya. 
Langkah 2       :           1. Apabila muzik dihentikan, murid yang terakhir yang memegang
kotak itu akan didenda.
2. Murid yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil
lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda), murid dikehendaki
membaca denda itu dengan kuat.
Langkah 3       :           1. Murid yang didenda akan melakonkan atau menjawab soalan.
2. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
Langkah 4       :           1. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar
terakhir yang memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut
arahan yang terdapat pada lipatan kertas yang terdapat di dalam
kotak tersebut.

2 comments:

  1. adakah xtiviti ini sesuai dijalankan untuk masa selama 1 jam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sesuai kerana aktiviti ini selalunya dijalankan selepas diajar sesuatu pelajaran. aktiviti ini dapat membantu murid-murid untuk proses mengingati kembali apa yang telah dipelajari mereka

      Delete