Tuesday 12 March 2013

Renungan~





Mungkin anda pernah dengar Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah-ceramah beliau. Jadi, kami ingin mengupas kata-kata beliau "Gagal seorang doktor, mati 1 pesakit. Gagal seorang guru, rosak 1 generasi"

Bukan senang hendak menjadi seorang guru. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan adalah cukup besar. Lebih-lebih lagi dalam usaha seorang guru untuk menyampaikan segala ilmu yang dipelajarinya. 
Di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan
amanah yang dipikul. Adakah kita berjaya melaksanaknannya?? Atau sebaliknya?? 

Mari kita renung-renungkan bersama...bukan sahaja guru yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Tetapi, ibu bapa, keluarga dan masyarakat perlulah memainkan peranan penting dalam mentarbiyah anak-anak. Bukan untuk mengkritik atau mencaci, sebaliknya kita lah yang harus mengajar dan menegur mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 



Saturday 9 March 2013

#6 : Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah


KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

§  sebarang bentuk mendisiplinakan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid
§  kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p
§  kitaran pengurusan disiplin
ü  merancang
ü  menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan
§   melaksanakan dan mengurus
§   mengawasi dan membuat refleksi

PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

§  guru berperanan sebagai pembimbing
§  apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
§  cadangan untuk menangani disiplin:-
ü  tidak panik dan jangan bertindak melulu
ü  elakkan daripada mencabar murid
ü  semak semula cara pengajaran
ü  jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
ü  berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
ü  ikuti budaya disiplin sekolah

HALANGAN DALAM PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

1.      hubungan ibu bapa
2.      pengaruh rakan sebaya
3.      keadaan persekitaran bilik darjah
4.      masalah perkembangan murid
5.      salah laku yang tidak dijangka

INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

1.      Pastoral care
2.      Bimbingan dan kaunseling
3.      Teknik modifikasi tingkah laku

1.      PASTORAL CARE
§  Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya.
§  Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.

2.      BIMBINGAN DAN KAUNSELING
§  Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.
§  Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar
Ø  Matalamat bimbingan dan kaunseling:-
Ø  mengenal potensi murid
Ø  membina kemahiran pengurusan diri
Ø  kemahiran penyelesaian masalah
Ø  pengurusan tingkah laku
Ø  memajukan diri murid
Ø  penilaian kendiri

§   Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
Ø  untuk semua murid
Ø  murid perlu sukarela untuk dibimbing
Ø  murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
Ø  bimbingan adalah proses pencegahan
Ø  penggunaan kemahiran asas bimbingan
Ø  bantuan menyeluruh
Ø  bersikap terbuka

§  Etika bimbingan
Ø  menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
Ø  kerahsiaan murid
Ø  bertanggungjawab

§  Kemahiran bimbingan
Ø  memberikan perhatian
Ø  kemahiran mendengar dengan aktif
Ø  kemahiran berempati

3.      TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
§  Menggunakan prinsip peneguhan
Ø  tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
Ø  tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
Ø  bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
Ø  peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan

§  Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
Ø  sistem kontrak tingkah laku
Ø  sistem token

§   Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
Ø  tetapkan tingkah laku murid
Ø  beri kesedaran kepada murid
Ø  matlamat yang realistik
Ø  bincangkan akibat
Ø  bina sistem pengurusan kendiri
Ø  guru memantau. beri peluang kepada murid untuk mengurus
Ø  penilaian berterusan. ubah jika perlu


Sumber :  Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel

Friday 8 March 2013

#5 : Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah


JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Definisi disiplin

§  Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang
§  Disiplin boleh dijelaskan sebagai
Ø  latihan
Ø  kepatuhan 
Ø  kawalan

§  Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
§  Sekolah di malaysia memeberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar
§  Jenis disiplin di dalam bilik darjah
Ø  arahan guru - termasuk peraturan dan rutin
Ø  arahan rakan sebaya
Ø  arahan tugasan
Ø  diri sendiri
§  Jenis-jenis masalah disiplin
Ø  melawan
Ø  memukul
Ø  mencuri
Ø  mengugut rakan/guru
Ø  kekemasan diri
Ø  ponteng kelas
Ø  dan lain-lain
§  Masalah disiplin yang bersifat disruptif
Ø  tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercaap, makan dan tidur didalam kelas
Ø  keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
Ø  lewat masuk kelas
Ø  tidak membawa buku latihan/teks
Ø  menunjukkan sikap biadap terhadap guru
Ø  membuli
Ø  melepak, berlari, menjerit di koridor
§   Masalah kekemasan diri
Ø  tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
Ø  kuku panjang
Ø  warna rambut
Ø  pelajar lelaki rambut panjang

TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
1.      kurang memberikan perhatian
2.      hiperaktif
3.      pendiam
4.      sensitif
5.      apati (tidak kisah kepada arahan guru)
6.      sikap melengahkan dan sambil lewa
7.      gemar bercakap
8.      menganggu rakan
9.      membuli
10.  berbohong
11.  menipu
12.  menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
13.  kurang sopan
14.  mencuri
15.  merosakkan harta benda
16.  mudah marah dan agresif

SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
ü  diri murid
ü  guru
ü  sekolah
ü  latar belakang murid

§  Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
*      merancang
*      gunakan pelbagai kaedah dan teknik
*      yakin
*      berminat dan mengambil berat terhadap murid
*      rol model
*      adil
*      komunikasi yang jelas
*      memberikan bimbingan dan maklum balas
*      tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah

#4 : Pengurusan Disiplin Bilik Darjah

PENGENALAN

Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

Disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini.

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN




1. MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F.SKINNER


a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan :
• hasil pantas tetapi tidak kekal lama
• lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran
• untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
• murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu



2. MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER


• berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
• Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
• pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Terdapat tiga jenis guru
• guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
• guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.
• guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
• penerangan peraturan
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
• bertindak dengan tenang
• konsisten
• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah
• perlu ditangani dengan berhemah
• paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
• guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid


3. MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS 


• menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
• guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah
• murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
• murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi


4. MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN 


• menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
• guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
• kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
• guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
• kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
• fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh
• momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p
• momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan


5. MODEL TERAPI REALITI OLEH WILLIAM GLASSER


a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas :
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat :
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
g. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti
• akan meningkatkan mutu pendidikan
• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar

Kualiti pengajaran
• persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
• tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:
• memahami murid
• menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti
• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
• bina hubungan dengan guru murid
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan